Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Sunday 26 October 2014

Vadai @ Wadeh (resepi step by step)

Bismillah
Salam
Hi!
entry yang dah terperam lama
vadai n saya buat masa cuti deepavali hari tu. Tapi malas betul nak upload gambar dalam blog. Resepi yang saya ambil dari Dapur Madihaa. Mohon C&P ya. TQ!


Bahan-bahan :

300 g kacang dhal
1 biji bawang besar ~ didadu
1 cili merah ~ didadu
1/2 sudu kecil jintan manis
1 tangkai daun kari ~ dihiris nipis
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Kaedah penyediaan :
1. Rendam kacang dhal sekurang-kurangnya 4 jam. 
2. Tapis dan kisar halus 3/4 kacang dhal di dalam blender kering.
3. Campurkan kacang dhal yang telah dikisar dan tidak dikisar di dalam mangkuk.
4. Masukkan bawang, cili merah, jintan manis, daun kari dan garam secukup rata. Gaul biar sebati.
5. Basahkan telapak tangan. Letakkan sesudu penuh bancuhan di telapak tangan, leperkan sedikit dan goreng di dalam minyak hingga kuning keemasan.
6. Hidangkan dengan cili hijau.










yummy!!!

TATA

Wednesday 10 September 2014

Kuih Buah Melaka (resepi step by step)

Salam
Mai nak kongsi resepi mudah
Kuih buah melaka
jom tengok resepi buah melaka ;)

 simple aje kan bahan dia
daun pandan
tepung pulut
kelapa parut(yg muda)
gula melaka
garam

 bland daun pandan bersama air untuk ambil air pandan...kalau tak nak guna cara ni pun boleh...ambil pewarna hijau untuk gantikan air pandan ni. tapi kalau guna air pandan kuih akan lebih wangi. Bau pandan.

 tepung pulut...masukkan sedikit garam

 tapis untuk dapatkan airnya

 tadaaaaaaa! cantik kan warnanya....sukeeee

 masukkan air pandan sedikit demi sedikit 

 uli hingga doh menjadi cantik

 siap doh dia!

 hiris gula melaka seperti diatas

 doh tadi buat bulat2 kecil...tak mo besar2 sangat...nanti lekat kat anak tekak masa makan...buat comel2 ngam2 sebiji tu masuk dalam mulut masa nak makan nanti

 buat lubang di tengah. Masukkan gula melaka di tengah2 lubang tu

 tutupkan dan buat sampai habis

 satu siap!!

 sambil mengentel doh tadi...panaskan air hingga mendidih

 sambil itu juga....ambil kelapa parut tadi...bubuh sedikit garam dan kukuskannya

 kukus macam ni...kukus dalam 10 minit

 siap gentel! yey!

 bila air dah mendidih masukkan buah melaka tadi

 kalau nak tau buah melaka dah masak atau belum...tengok buah tu....kalau buah melaka tu tenggelam maknanya buah tu belum masak lagi

 see...bila buah tu dah timbul maknanya buah melaka dah masak....so boleh lah angkat

 dan toskan

 bila dah sejuk sikit masukkan dalam kelapa parut tadi

dan hidangkan.....siap!!!
moment paling best bila kita gigit...ada bunyi..."plop"....uiiiiiiiii....syoknyeeee

TATA!

Tuesday 9 September 2014

Karipap Kentang Rangup (resepi step by step)

Bismillah

Dah seminggu ngidam nak makan karipap yang saya buat sendiri....sejak ada baby nuha ni...memang agak susah saya nak masuk dapur...baby nuha tak nak dengan bibik....kalau saya balik kerja memang nuha akan 24jam dengan saya....anak manja!
Berperang jugak la dengan baby nuha dalam dapur....adehhhhhhh....dari proses buat inti sampai siap buat karipap ni ambil masa 2 hari...kikikik....kejap nak susu....stop kejap....kejap lagi nak tido.....stop lagi....lagi....lagi....rasanya lama lagi saya dapat baking....tak sanggup la mamamaicun nak baking ooi!

hihihihihi....nilah dia karipap yang saya idam2kan....saya suka makan karipap panas2.....minum dengan teh panas....hurmmmm.....nikmat..

Sumber: karipap rangup (saya c&p ya...tq!)
saya hanya buat separuh adunan ya ;)
Bahan2nya:
Bahan-bahan:
(A)
1 kilo tepung gandum
100 gm tepung beras
100 gm tepung ubi
Serbuk lada putih/sulah (tak letak)
1 sudu makan gula
(B)
4-5 sudu makan marjerin atau butter | dicairkan
1/2 cawan minyak masak

Garam secukup rasa* (anggaran 1/2 sudu makan)
Air suam untuk menguli* | satukan bhn (*)

Cara-caranya:
1.Campurkan kesemua bahan A (kecuali garam) ke dalam bekas adunan.Pastikan digaul rata dan sebati.Setelah sebati, masukkan bahan B dan digaul rata/ sebati.Pastikan ianya rata keseluruh adunan.Ianya akan kelihatan sedikit bergentel.Ratakan adunan sehingga menjadi gentelan yang agak halus.
**Untuk mengenalpasti adakah ianya sudah cukup sebati atau tidak, kepalkan sedikit adunan dengan tangan dan boleh dilihat ianya berkepal dan agak padat (tidak mudah terlerai).
2.Bolehlah diikuti dengan proses menguli.Masukkan sedikit demi sedikit air suam yang bercampur garam tadi ke dalam adunan.Ulilah sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh lembut dan kenyal.Pastikan ianya tidak melekit di tangan dan dinding bekas adunan.Jika melekit, tambah sedikit tepung dan diuli sedikit.
3.Perapkan doh tadi dalam 1/2 jam.Perap ia dengan menutup ketat (menutup bekas dengan kain atau penutup.Setelah 1/2 jam jam keluarkan adunan dan diuli sedikit.Sudah boleh diguna.

***Adunan ini boleh dipakai berkali-kali.Untuk menyimpannya, masukkan ke dalam plastik dan letak di tempat beku (freezer).Nyah beku secara semulajadi apabila hendak menggunakannya kembali.Ianya juga boleh dijadikan Roti Bom Goreng (sejenis makanan kaum India).

campurkan bahan kering

 minyak & butter dicairkan

 bahan kering tadi gaul bersama minyak panas....lepas tu tambah air sehingga doh menjadi seperti di atas......bungkuskan di dalam pelastik dan rehatkan sebentak di dalam peti sejuk

 lepas tu klimkan nya....1 siap!!

 2 siap!!!

 hanya 1 tray sahaja saya mampu siapkan....doh & inti ada separuh lagi....tak larat dah....yang lain simpan dalam freezer...next time kalau nak makan kita buat lagi

 hari ni saya buat karipap bulan penuh dan karipap bulan sabit....ngeeeee...biasanya karipap bulan penuh tu untuk karipap inti sardin aje...tapi suka ati kita la kannn...karipap kita.....inti kentang pun kita buat bentuk bulat...ingat masa kecik2...kalau opah buat karipap...opah mesti buatkan saya karipap yang bulat ni sebab saya suka yang bolat bolat....tetiba rindu makkk...Al Fatihah....semoga mak sihat sentiasa...minggu depan orang balik ya ;)

 simpan dalam freezer...lapik dengan pelastik ya...takut karipap melekat

 mak saya pesan kalau tak nak karipap mengerutu...ni petua dia...panaskan minyak....lepas minyak panas...tutupkan api....baru masukkan karipap....lepas tu baru hidupkan api semula

 tadaaaa!!!!!!! siap!!

Bismillah....jemput tengok.....ngeeeee...ampun!
sedap!!!!orang dalam rumah ni semua kata sedap!!! breakfast tadi haziq makan 3 ketoi...papamin makan 2 ketoi...alia makan 2 ketoi....mamamaicun mkn 2 ketoi....bibik mkn 1 jek....
try la buat....pastu amik gambo cantik2....best tau!

TATA!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...