Sunday 17 April 2016

Puding roti (resepi step by step)

Bismillah
selamat tengahari semua!!!!


Hari ni saya nak kongsi menu mudah dan sedap. Puding roti. Manisan ni sesuai dimakan panas atau sejuk. resepi ni dari nigella lawson. jom kita tengok bahan2nya


Bahan2nya:
4 biji roissant
1 cawan susu*
1 cawan whipping cream*
setengah cawan gula*
3 biji telur*
sedikit asen vanilla*
serbuk kayu manis*
sedikit butter
prune


Kaedah:
masukkan semua bahan yang bertanda *


kacau sampai sebati


ambil sedikit butter


lumur butter pada keliling mangkuk


carik2kan croissant dan masukkan dalam mangkuk


buat sampai habis


tuang cecair tadi dan biarkan selama setengah jam supaya cecair tu meresap pada croissant


tabur prune & letak lagi sedikit serbuk kayu manis


letakkan lebihan butter tadi


bakar pada suhu 180C ( 30-40 minit) 
atau sehingga masak (bergantung dengan oven masing2)
siap!!!!


jom makan!!
yumeehhhh
ok bye!!!
TATA

Mee goreng mamaicun....ngeeeeee (resepi step by step)


 Bismillah
Salam semua



Mee goreng sempoi ni adalah juadah berbuka saya semalam. Ramai pulak minta resepi. Malu pulak rasanya nak bagi resepi sebab rasanya semua tau macamana nak buat mee goreng kan? tapi tak apa...saya kongsi cara saya buat mee goreng ya.
sebenarnya papa amin suka makan mee goreng..... tapi mamak style...dia suka makan mee goreng yang kering. so mamamai cuba buatkan yang kering... jom tengok bahan2nya :)


Bahan2nya:
mee kuning (lupa bubuh gambo la pulak....masa ni mee ada dalam sink...tengah basuh...hahaha)
ikan bilis*
bawang merah*
bawang putih*
cili kering (bergantung kepada kepedasan)*
kicap lemak
sos cili
sos tomato
sos tiram
telur
udang
sotong
sawi
tauge


Method:
Mula2 kisar semua bahan yang bertanda * (saya tak pernah sukat berapa biji bahan2 yang saya gunakan...ikut rasa hati masing2)
Kemudian panaskan minyak.


 Masukkan bahan yang telah dikisarkan tadi.



Selepas dah naik minyak bahan tumis tadi masukkan kicap lemak, sos cili, sos tomato, sos tiram. JANGAN bubuh garam tau....sebab sos tu semua dah menyumbang rasa masin...mee kuning tu juga dah rasa masin.


 Kacau lagi


Selepas tu masukkan udang, sotong, batang sawi & telur (untuk masak mee mamamai lebih suka masukkan udang & sotong berbanding ayam & daging).


Masukkan mee pula. 


Masukkan sawi.


masa ni boleh adjust sama ada nak mee tu basah atau kering...kalau nak mee tu kering boleh biar lama sikit.


Tutup api & barulah masukkan tauge.


tadaaaaaaaaaa....siap!!!!
senangkan!! 


mee goreng ni kalau ikut piawai papa amin memang agak basah...ngeee...


Inilah juadah berbuka saya semalam.....Cuba taw!!
ok bye!!
TATA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...