Showing posts with label udang. Show all posts
Showing posts with label udang. Show all posts

Tuesday 7 July 2015

Paprik Seafood (resepi step by step)

Bismillah
 Hi!!
Hari ni mamamai nak kongsi satu resepi mudah. 
Lauk ni sesuai sangat untuk ibu2 yang bekerja, sibuk dan tak punya banyak masa di dapur. Ianyanya dah lengkap dah sebab sayur semua kita bubuh dalam tu. Kira all in one. 
mamamai dapat resepi ni dari tukang masak yang masak kat kedai. Dulu masa tak reti masak lagi mamamai suka order menu ni. mamamai akan duduk tepi dapo dia tengok cara dia masak....sampai kita boleh masak sendiri...kikikik...terima kasih eh encik tukang masak paprik...hahaha...kita tak tau nama dia...
okieeee....jom kita tengok bahan2nya ya.


bahan2:

sotong & udang ATAU ayam & daging
sayur
bawang holland
bawang putih
halia
cili padi
daun limau purut
serai
kicap lemak jalen
sos tiram
sos cili
sos tomato sos ikan

okie...semuanya dimayang
tak payah guna blander ya


panaskan minyak

masukkan serai, bawang putih & halia

masukkan bawang holland

bila dah layu sikit masukkan 
sos cili
sos tomato
sos tiram
kicap
sos ikan

*sebenarnya mamamai memasak tidak pernah ada anggaran. ikut citarasa kita sendiri. cuma sos ikan jangan terlalu banyak ya sebab takut termasin sebab sos tiram dan kicap juga telah menyumbang rasa masin tu.

masa ni boleh sebatikan rasa

masukkan cili padi dan daun limau purut. bagi yang tak tahan pedas macam mamamai cili tu jangan dipecahkan.

masukkan sotong dan udang

masukkan sayur

kacau lagi!!!!

* ok kalau anda masak seafood sayur tu boleh dimasukkan bersama...tapi kalau masak daging & ayam better sayur masukkan kemudian. takut sayur terlebih masak.

kalau masak seafood jangan masak terlalu lama ya.

siap!!!!!!


 pestttttt....sotong tu mamamai gunting macam ni kalau nak bentukkan jadi flower... ok bye!!!

TATA




Saturday 18 October 2014

Butter Prawn Berkuah

Bismillah
Salam
Hi!
Menu semalam. Haziq dah lama minta saya masakkan udang butter ni. Dia suka sangat. Alhamdulillah. Ingin resepi? Klik link di SINI

Enjoy!!
TATA

Sunday 7 September 2014

The Best One: Butter Prawn (resepi step by step)

Bismillah
Hi!!
Hari ni saya nak kongsi satu resepi yang menjadi kegemaran semua orang dalam rumah ni lebih2 lagi anak bujang saya....ya ampunnnn....suka betol dia kalau saya masak manu ni.

Sebenarnya ada dua cara untuk masak udang butter ni....satu yang berkuah dan satu lagi tak ada kuah....saya lebih suka masak yang berkuah sebab anak dara saya suka lauk yang berkuah...kalau tak ada kuah macam putus selera anak dara saya nak makan...kesian kan?

 Okie ini bahan2nya:
Udang
cili padi
bawang putih
daun kari
lada sulah
garam
daun kari
minyak masak
butter
kuning telur
susu cair

Mula2 bersihkan udang. Peram udang dengan sedikit garam dan lada sulah. Biarkan seketika

Mula2 kita buat dulu serdak telur kuning dulu....erk...serdak ya namanya...belasah je lah labu....
Ambil kuali. Masukkan minyak dan butter. Panaskan minyak.

kacau kuning telur hingga sebati

bila minyak dan butter sudah panas...masukkan telur kuning. pastikan guna api sederkana. sambil masukkan kuning telur sambil kacau minyak tu supaya dapat serdak yang betul2 cantik....proses ini kena menggunakan kedua2 belah tangan.

kacau laju2 tapi pastikan semuanya dalam kawalan....jangan terbang minyak dan telur sudah....

bila telur sudah masak ianya akan kelihatan seperti ini. Serdak tu akan terapung kalau dah masak.

angkat dan toskan

gunakan minyak tadi untuk menggoreng udang

goreng udang separuh masak sahaja

angkat dan toskan

yang ni untuk buat kuahnya.
tumbuk cili padi dan bawang putih

masih menggunakan minyak tadi

tumis rempah tumbuk tadi bersama daun kari

masukkan setengah cawan susu cair

masak sampai mendidih

masukkan udang tadi


masa ni boleh serasikan rasa...kalau tak masin boleh tambah garam ya. Siap!!

Bubuh dalam pinggan cantik. Taburkan serdak telur tadi dan hidangkan!!!! senang kan...Cubalah

TATA!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...