Sunday, 7 September 2014

The Best One: Butter Prawn (resepi step by step)

Bismillah
Hi!!
Hari ni saya nak kongsi satu resepi yang menjadi kegemaran semua orang dalam rumah ni lebih2 lagi anak bujang saya....ya ampunnnn....suka betol dia kalau saya masak manu ni.

Sebenarnya ada dua cara untuk masak udang butter ni....satu yang berkuah dan satu lagi tak ada kuah....saya lebih suka masak yang berkuah sebab anak dara saya suka lauk yang berkuah...kalau tak ada kuah macam putus selera anak dara saya nak makan...kesian kan?

 Okie ini bahan2nya:
Udang
cili padi
bawang putih
daun kari
lada sulah
garam
daun kari
minyak masak
butter
kuning telur
susu cair

Mula2 bersihkan udang. Peram udang dengan sedikit garam dan lada sulah. Biarkan seketika

Mula2 kita buat dulu serdak telur kuning dulu....erk...serdak ya namanya...belasah je lah labu....
Ambil kuali. Masukkan minyak dan butter. Panaskan minyak.

kacau kuning telur hingga sebati

bila minyak dan butter sudah panas...masukkan telur kuning. pastikan guna api sederkana. sambil masukkan kuning telur sambil kacau minyak tu supaya dapat serdak yang betul2 cantik....proses ini kena menggunakan kedua2 belah tangan.

kacau laju2 tapi pastikan semuanya dalam kawalan....jangan terbang minyak dan telur sudah....

bila telur sudah masak ianya akan kelihatan seperti ini. Serdak tu akan terapung kalau dah masak.

angkat dan toskan

gunakan minyak tadi untuk menggoreng udang

goreng udang separuh masak sahaja

angkat dan toskan

yang ni untuk buat kuahnya.
tumbuk cili padi dan bawang putih

masih menggunakan minyak tadi

tumis rempah tumbuk tadi bersama daun kari

masukkan setengah cawan susu cair

masak sampai mendidih

masukkan udang tadi


masa ni boleh serasikan rasa...kalau tak masin boleh tambah garam ya. Siap!!

Bubuh dalam pinggan cantik. Taburkan serdak telur tadi dan hidangkan!!!! senang kan...Cubalah

TATA!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...