Tuesday 9 September 2014

Inti Karipap Kentang (resepi step by step)

Bismillah
inti karipap kentang....cara saya...main campak2 aje...yang penting inti karipap ni mesti ada rasa manis sikit...tu mak saya pesan...

Bahan2nya:
kentang (potong dadu)
bawang besar (nak lagi sedap guna bawang merah yang kecil2)
bawang putih
bilis
kari daging
sambal tumis (ni kalau dalam esbox ada lebihan sambal tumis lebih...jangan buang...sayang taw! baik masukkan dalam sini)
kayu manis & bunga lawang
garam & gula
daun kari
tumis bunga lawang & kayu manis

bland semua bahan di atas....& tumiskan hingga naik minyak

masukkan kentang yang dah dipotong dadu

perasakan gula & garam

bubuh air sedikit untuk empukkan kentang

siap!!
sejukkan sebelum digunakan

TATA!

Karipap Kentang Rangup (resepi step by step)

Bismillah

Dah seminggu ngidam nak makan karipap yang saya buat sendiri....sejak ada baby nuha ni...memang agak susah saya nak masuk dapur...baby nuha tak nak dengan bibik....kalau saya balik kerja memang nuha akan 24jam dengan saya....anak manja!
Berperang jugak la dengan baby nuha dalam dapur....adehhhhhhh....dari proses buat inti sampai siap buat karipap ni ambil masa 2 hari...kikikik....kejap nak susu....stop kejap....kejap lagi nak tido.....stop lagi....lagi....lagi....rasanya lama lagi saya dapat baking....tak sanggup la mamamaicun nak baking ooi!

hihihihihi....nilah dia karipap yang saya idam2kan....saya suka makan karipap panas2.....minum dengan teh panas....hurmmmm.....nikmat..

Sumber: karipap rangup (saya c&p ya...tq!)
saya hanya buat separuh adunan ya ;)
Bahan2nya:
Bahan-bahan:
(A)
1 kilo tepung gandum
100 gm tepung beras
100 gm tepung ubi
Serbuk lada putih/sulah (tak letak)
1 sudu makan gula
(B)
4-5 sudu makan marjerin atau butter | dicairkan
1/2 cawan minyak masak

Garam secukup rasa* (anggaran 1/2 sudu makan)
Air suam untuk menguli* | satukan bhn (*)

Cara-caranya:
1.Campurkan kesemua bahan A (kecuali garam) ke dalam bekas adunan.Pastikan digaul rata dan sebati.Setelah sebati, masukkan bahan B dan digaul rata/ sebati.Pastikan ianya rata keseluruh adunan.Ianya akan kelihatan sedikit bergentel.Ratakan adunan sehingga menjadi gentelan yang agak halus.
**Untuk mengenalpasti adakah ianya sudah cukup sebati atau tidak, kepalkan sedikit adunan dengan tangan dan boleh dilihat ianya berkepal dan agak padat (tidak mudah terlerai).
2.Bolehlah diikuti dengan proses menguli.Masukkan sedikit demi sedikit air suam yang bercampur garam tadi ke dalam adunan.Ulilah sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh lembut dan kenyal.Pastikan ianya tidak melekit di tangan dan dinding bekas adunan.Jika melekit, tambah sedikit tepung dan diuli sedikit.
3.Perapkan doh tadi dalam 1/2 jam.Perap ia dengan menutup ketat (menutup bekas dengan kain atau penutup.Setelah 1/2 jam jam keluarkan adunan dan diuli sedikit.Sudah boleh diguna.

***Adunan ini boleh dipakai berkali-kali.Untuk menyimpannya, masukkan ke dalam plastik dan letak di tempat beku (freezer).Nyah beku secara semulajadi apabila hendak menggunakannya kembali.Ianya juga boleh dijadikan Roti Bom Goreng (sejenis makanan kaum India).

campurkan bahan kering

 minyak & butter dicairkan

 bahan kering tadi gaul bersama minyak panas....lepas tu tambah air sehingga doh menjadi seperti di atas......bungkuskan di dalam pelastik dan rehatkan sebentak di dalam peti sejuk

 lepas tu klimkan nya....1 siap!!

 2 siap!!!

 hanya 1 tray sahaja saya mampu siapkan....doh & inti ada separuh lagi....tak larat dah....yang lain simpan dalam freezer...next time kalau nak makan kita buat lagi

 hari ni saya buat karipap bulan penuh dan karipap bulan sabit....ngeeeee...biasanya karipap bulan penuh tu untuk karipap inti sardin aje...tapi suka ati kita la kannn...karipap kita.....inti kentang pun kita buat bentuk bulat...ingat masa kecik2...kalau opah buat karipap...opah mesti buatkan saya karipap yang bulat ni sebab saya suka yang bolat bolat....tetiba rindu makkk...Al Fatihah....semoga mak sihat sentiasa...minggu depan orang balik ya ;)

 simpan dalam freezer...lapik dengan pelastik ya...takut karipap melekat

 mak saya pesan kalau tak nak karipap mengerutu...ni petua dia...panaskan minyak....lepas minyak panas...tutupkan api....baru masukkan karipap....lepas tu baru hidupkan api semula

 tadaaaa!!!!!!! siap!!

Bismillah....jemput tengok.....ngeeeee...ampun!
sedap!!!!orang dalam rumah ni semua kata sedap!!! breakfast tadi haziq makan 3 ketoi...papamin makan 2 ketoi...alia makan 2 ketoi....mamamaicun mkn 2 ketoi....bibik mkn 1 jek....
try la buat....pastu amik gambo cantik2....best tau!

TATA!!

Sunday 7 September 2014

Tortila ayam (resepi step by step)

Bismillah
Hi!!
Kali ni saya nak kongsi makanan kegemaran anak dara saya. Dia tak kisah kalau saya bagi dia makan makanan ni hari hari. Kena betul dengan tekak dia. Aliaaa alia...
 Bahan2nya:
isi ayam (tanpa tulang)
tomato (saya suka yang tak berapa masak sangat sebab rangup)
salad
mayonis
sos cili

 tak lupa tortilla

 perasakan ayam dan goreng
kadangkala saya hanya rebuskan sahaja...ikut suka masing2

 buang empulur tomato dan potong dadu

sebelum menggulung panaskan sekejap tortilla ni sebab kalau tak panaskan dahulu tortilla akan pecah/koyah semasa proses menggulung

 masuk bahan2 yang telah disediakan....boleh bubuh apa juga bahan yang anda suka...selera masing2 kan

 bubuh sos dan mayo

 gulungkan

 gulung pun ikut suka...janji isi dalam tak terburai keluar

 kalau nak bawak bekal ke sekolah atau tempat kerja...bungkus begini

 siap!!!

satu untuk alia....satu untuk haziq....satu untuk saya...dan satu lagi untuk papamin

TATA!!

Kari Ayam Kampung (resepi step by step)

Bismillah
Hi!
Kari ayam kampung.....hurmmmm...sedapnya kalau dapat makan ayam kampung kan...buat sup pun sodap!!!! tapi anak bujang saya tak berapa gemar sup....kalau saya masak sup anak bujang saya akan makan sikit aje....alahai haziq....kali ni saya masak kari pulak ya


Bahan2nya:
bawang merah
bawang besar
bawang putih
halia 
serai
kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
asam gelugur
sili boh
kentang & lobak
garam
tak lupa santan dan daun kari.....amboi papa amin beli daun kari....macam tiap2 hari pulak nak saya masak kari untuk dia...hahahaha

untuk mempercepatkan proses memasak saya lebih suka masak ayam dulu.

 renehkan ayam hingga empuk

 tumbuk bawang besar, bawang merah dan bawang putih hingga lumat....ketukkan sahaja serai & halia

 tumis bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga

 selepas tu masukkan rempah tumis & daun kari

 tumis hingga naik bau

 di samping tu masukkan lobak dan kentang pada ayam tadi

 selepas bahan tumis dah naik bau masukkan pula cili boh...

 selepas cili tadi masak masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk yang mengandungi ayam tadi

 masukkan pula serbuk kari yang dah dicampur air

 masukkan asam kepingapabila sudah mendidih akhir sekali masukkan santan....jaga api jangan sampai pecah santan...serasikan rasa...Siap!!

senang kan...cubalah!!

ni lawan dia....wallah!!!

TATA!!


The Best One: Butter Prawn (resepi step by step)

Bismillah
Hi!!
Hari ni saya nak kongsi satu resepi yang menjadi kegemaran semua orang dalam rumah ni lebih2 lagi anak bujang saya....ya ampunnnn....suka betol dia kalau saya masak manu ni.

Sebenarnya ada dua cara untuk masak udang butter ni....satu yang berkuah dan satu lagi tak ada kuah....saya lebih suka masak yang berkuah sebab anak dara saya suka lauk yang berkuah...kalau tak ada kuah macam putus selera anak dara saya nak makan...kesian kan?

 Okie ini bahan2nya:
Udang
cili padi
bawang putih
daun kari
lada sulah
garam
daun kari
minyak masak
butter
kuning telur
susu cair

Mula2 bersihkan udang. Peram udang dengan sedikit garam dan lada sulah. Biarkan seketika

Mula2 kita buat dulu serdak telur kuning dulu....erk...serdak ya namanya...belasah je lah labu....
Ambil kuali. Masukkan minyak dan butter. Panaskan minyak.

kacau kuning telur hingga sebati

bila minyak dan butter sudah panas...masukkan telur kuning. pastikan guna api sederkana. sambil masukkan kuning telur sambil kacau minyak tu supaya dapat serdak yang betul2 cantik....proses ini kena menggunakan kedua2 belah tangan.

kacau laju2 tapi pastikan semuanya dalam kawalan....jangan terbang minyak dan telur sudah....

bila telur sudah masak ianya akan kelihatan seperti ini. Serdak tu akan terapung kalau dah masak.

angkat dan toskan

gunakan minyak tadi untuk menggoreng udang

goreng udang separuh masak sahaja

angkat dan toskan

yang ni untuk buat kuahnya.
tumbuk cili padi dan bawang putih

masih menggunakan minyak tadi

tumis rempah tumbuk tadi bersama daun kari

masukkan setengah cawan susu cair

masak sampai mendidih

masukkan udang tadi


masa ni boleh serasikan rasa...kalau tak masin boleh tambah garam ya. Siap!!

Bubuh dalam pinggan cantik. Taburkan serdak telur tadi dan hidangkan!!!! senang kan...Cubalah

TATA!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...