Salam
Hi!
Cerita petang tadi....mamamai buat kudapan dan stok nugget. Haziq & alia lebih suka kalau mamamai yang buat sendiri nugget tu. Hari ni kan cuti...papamin sekolah so tak kemana2.....maka terjadilah nugget ayam ni. Jom kita tengok bahan2nya
Bahan2nya:
Dada ayam
telur
garam
lada putih
origano
cheese
serbuk roti
tepung ubi
sebenarnya bahan2 buat nugget ni tak semestinya kena ikut seperti di atas....boleh ditambah kentang atau tepung gandum atau lain2 ikut bahan apa yang ada di dapur. Perlu diingat jangan letak cecair selain telur sahaja. Telur berfungsi sebagai agen pelekat. Ops....paham ke?? kikikik...bahasa saya memang tuggang terbalik....orang teknikal memang fail kalau bab penulisan kan....kikikik
satu lagi buat nugget ni tak perlu sukatan....bubuh apa aje yang anda rasa ingin bubuh.
okie...mula2 kisar dada ayam menggunakan food prosessor. Kalau tak ada FP ni pun tak apa....beli daging cincang di kedai.
lepas tu masukkan ayam cincang tadi ke dalam mangkuk. masukkan juga tepung ubi, serbuk roti, telur. lada sulah, garam dan origano. saya bubuh origano sebab saya suka aromanya.
selepas ayam digaul sebati...potong dadu kecil2 cheese tadi.
ambil sedikit doh ayam ....bulatkan tengah2 untuk isi cheese..untuk memudahkan proses mengentel ini..bubuh sedikit minyak di tangan agar doh tadi tidak melekat
masukkan cheese
tutup balik
buat sampai habis
untuk salut nugget....masukkan bebola tadi ke dalam telur
kemudian masukkan pula ke dalam tepung ubi
masukkan kembali ke dalam telur
akhir sekali masukkan ke dalan serbuk roti
yey!!! 1 siap!
sila buat sampai habis
tadaaaaa siap!
okie....perlu diingat nugget yang berbentuk bulat sebegini tidak sesuai buat dalam saiz yang agak besar kerana kemungkinan semasa menggoreng nanti isi nugget tidak masak...jadi kena buat comel2 ya
masukkan dalam bekas. Ini stock nugget untuk seminggu atau 2 minggu
happy betul alia & haziq nampak bekas ni...hahahahaha...
ini untuk kudapan petang tadi
Yummy!!!!! napak tak cheese dia...ngeeeeee....serius memang sedap!!
selamat mencuba!
TATA!
nak tanya bape lama nugget ni boleh tahan ye ... ?
ReplyDelete