Sunday 17 April 2016

Mee goreng mamaicun....ngeeeeee (resepi step by step)


 Bismillah
Salam semua



Mee goreng sempoi ni adalah juadah berbuka saya semalam. Ramai pulak minta resepi. Malu pulak rasanya nak bagi resepi sebab rasanya semua tau macamana nak buat mee goreng kan? tapi tak apa...saya kongsi cara saya buat mee goreng ya.
sebenarnya papa amin suka makan mee goreng..... tapi mamak style...dia suka makan mee goreng yang kering. so mamamai cuba buatkan yang kering... jom tengok bahan2nya :)


Bahan2nya:
mee kuning (lupa bubuh gambo la pulak....masa ni mee ada dalam sink...tengah basuh...hahaha)
ikan bilis*
bawang merah*
bawang putih*
cili kering (bergantung kepada kepedasan)*
kicap lemak
sos cili
sos tomato
sos tiram
telur
udang
sotong
sawi
tauge


Method:
Mula2 kisar semua bahan yang bertanda * (saya tak pernah sukat berapa biji bahan2 yang saya gunakan...ikut rasa hati masing2)
Kemudian panaskan minyak.


 Masukkan bahan yang telah dikisarkan tadi.



Selepas dah naik minyak bahan tumis tadi masukkan kicap lemak, sos cili, sos tomato, sos tiram. JANGAN bubuh garam tau....sebab sos tu semua dah menyumbang rasa masin...mee kuning tu juga dah rasa masin.


 Kacau lagi


Selepas tu masukkan udang, sotong, batang sawi & telur (untuk masak mee mamamai lebih suka masukkan udang & sotong berbanding ayam & daging).


Masukkan mee pula. 


Masukkan sawi.


masa ni boleh adjust sama ada nak mee tu basah atau kering...kalau nak mee tu kering boleh biar lama sikit.


Tutup api & barulah masukkan tauge.


tadaaaaaaaaaa....siap!!!!
senangkan!! 


mee goreng ni kalau ikut piawai papa amin memang agak basah...ngeee...


Inilah juadah berbuka saya semalam.....Cuba taw!!
ok bye!!
TATA

Tuesday 16 February 2016

Fried Macaroni And Cheese Balls (resepi step by step)


Bismillah
Selamat pagi dunia!!!
Hari ini mamamai nak share sejenis makanan yang senang dan sesuai untuk dibuat. 

Inilah mac & cheese yang sudah siap tetapi belum digoreng.

Sebenarnya semalam mamamai buat mac & cheese baked. Banyak pulak mamamai buat.

Tak habis....tu yang mamamai buat mac&cheese ball pulak. nak buang tak sampai hati...modal beli cheese je untuk buat makanan ni dalam RM20...lahaiiii...kena la kreatif untuk hasilkan sesuatu yang menarik. jangan buang makanan yang lebih tu... tak baik...Allah tak suka.

mamamai masukkan dalam food prosessor...nak hancurkan sikit...senang nak kepal2 nanti
lahaiiii....food prosessor mamamai tu bukan kotor....sebelum tu mamamai hancurkan oreo...lepas tu mamamai tak basuh...just lap aje ...tu nampak macam kotor...huhuhuhu...maafkan mamamai yeeee....ngeeeee

tadaaaa!!!!! ni dia...

kepal2 jadi macam ni....sebenarnya boleh buat bentuk lain....ikut suka...tapi bentuk bulat ni paling senang

yey!!! satu siap!!

yey!!! semua siap!!

mula celup dengan tepung beras....pakai tepung gandum pun boleh....tapi kalau diberi pilihan mamamai lebih seka guna tepung beras atau tepung ubi berbanding tepung gandum...tapi ikut suka masing2 nak guna yang mana satu ya.


lepas tu bubuh dalam telur pula

 akhir sekali masukkan dalam serbuk roti

 yey!!! satu siap!!

 yey!!! semua siap!!!


 masukkan dalam bekas


simpan dalam peti sejuk beku. Kalau nak makan baru goreng 

hasil bedah siasat.... 
nampak macam nugget yang pernah mai buat dulu kan?
tapi....mac&cheese balls ni tak sesedap seperti nugget yang biasa tu....sebab mac&cheese balls ni adalah dari jenis carbo. Nugget tu dari jenis protein. Sebab tu nugget lebih sedap berbanding mac&cheese ni.

resepi nugget ayam cheese versi mamamai klik SINI 

 cadangan hidangan....ni bento untuk kakak alia pagi tadi..bawak banyak sebab makan dengan kawan2 kakak.....yang ringkas2 aje...janji seimbang...mac&cheese (carbo), tempura ayam ayamas (protin), coslow (fiber)...boleh juga disesuaikan makan dengan ayam panggang dan lain2...

Ok Bye!!
TATA!!

Monday 30 November 2015

siakap stim (resepi step by step)

Bismillah
Hi!!
Lamyeeeeeee saya tak berblog. Maaf kerana masa begitu cemburu dengan saya.
Di sini saya ingin kongsi satu resepi kegemaran keluarga saya. Macam biasa....resepi ni saya dapat daripada hasil pemerhatian. Disebabkan saya begitu suka siakap stim tapi saya tak reti masak...saya akan ke kedai tomyam dan saya akan minta mereka masakkan untuk saya. Biasanya ikan saya sediakan dan mereka akan charge memasak aje. Bayaran memasak antara RM8 hingga RM12 bergantung saiz ikan. Semasa mereka masak saya akan tengok cara2nya. Bila dah kerap sangat tengok kita pun dah mahir dan saya cuba di rumah....yes!!!!! rasa dia sama!! 
sebenarnya ada banyak cara masak ikan stim ni dan bahan2nya juga berlainan. Jadi ikut suka masing2 nak masak macamana pun ikan stim ni ya. Dapur masing2 kan...jadi buatlah yang terbaik!
Jom tengok bahan2 ikan stim versi saya.

yumeehhhhh!!!!!!

Bahan2:
bawang holland
halia
serai
tomato
cili padi
daun ketumbar
daun limau purut
garam
sos ikan

**pesttttt.......saya memasak memang tiada anggaran...semuanya kita gunakan deria rasa yang kita ada. 

 ops lupa...dan juga ikan.... untuk memasak ikan stim..ikan mestilah dalam keadaan yang segar.

okieeee....mula2 kita mayang semua bahan yang ada....mayang kasar aje....

didihkan air....

masukkan halia dan serai

bila air dah mendidih masukkan ikan... pastikan ikan betul2 masak ya....lepas tu terbalikkan ikan supaya kedua2 belah ikan masak...semasa proses terbalikkan ikan kena berhati2 takut ikan hancur.....masa memasak ikan ini saya ambil dalam anggaran 15-20 minit kerana saiz ikan saya agak besar

okieee.....bila dah siap angkat ikan tu ke dalam bekas makanan

 air ikan tadi jangan dibuang....masukkan bawang...

 masukkan juga cili padi, tomato dan daun limau purut

 perasakan dengan garam, air limau dan sos ikan

 bila rasanya dah betul2 pedassssss, masammmmmm, masinnnnnnn.....baru masukkan daun ketumbar dan tutup api

siap kuah dia!!!!
rasa kuah tu kena betul2 kuat...maksudnya masamnya kena betul2 masam..., masinnya kena betul2 masin  dan pedasnya kena betul2 menyengat....sebab ikan kita tadi tawar....bila rasa kuah tu biasa2 aje...bila dicampur dengan ikan...kuah tu jadi tak berasa...tak syoklah!
tapi jangan pulak terlebih rasa....hahahaha...korang paham ke tak apa yg aku tulis nih!!!! hahaha...maafkan saya...saya orang teknikal....bahasa memang FAIL!


Ok siap!!!!
selamat menjamu selera!
TATA



Tuesday 7 July 2015

Paprik Seafood (resepi step by step)

Bismillah
 Hi!!
Hari ni mamamai nak kongsi satu resepi mudah. 
Lauk ni sesuai sangat untuk ibu2 yang bekerja, sibuk dan tak punya banyak masa di dapur. Ianyanya dah lengkap dah sebab sayur semua kita bubuh dalam tu. Kira all in one. 
mamamai dapat resepi ni dari tukang masak yang masak kat kedai. Dulu masa tak reti masak lagi mamamai suka order menu ni. mamamai akan duduk tepi dapo dia tengok cara dia masak....sampai kita boleh masak sendiri...kikikik...terima kasih eh encik tukang masak paprik...hahaha...kita tak tau nama dia...
okieeee....jom kita tengok bahan2nya ya.


bahan2:

sotong & udang ATAU ayam & daging
sayur
bawang holland
bawang putih
halia
cili padi
daun limau purut
serai
kicap lemak jalen
sos tiram
sos cili
sos tomato sos ikan

okie...semuanya dimayang
tak payah guna blander ya


panaskan minyak

masukkan serai, bawang putih & halia

masukkan bawang holland

bila dah layu sikit masukkan 
sos cili
sos tomato
sos tiram
kicap
sos ikan

*sebenarnya mamamai memasak tidak pernah ada anggaran. ikut citarasa kita sendiri. cuma sos ikan jangan terlalu banyak ya sebab takut termasin sebab sos tiram dan kicap juga telah menyumbang rasa masin tu.

masa ni boleh sebatikan rasa

masukkan cili padi dan daun limau purut. bagi yang tak tahan pedas macam mamamai cili tu jangan dipecahkan.

masukkan sotong dan udang

masukkan sayur

kacau lagi!!!!

* ok kalau anda masak seafood sayur tu boleh dimasukkan bersama...tapi kalau masak daging & ayam better sayur masukkan kemudian. takut sayur terlebih masak.

kalau masak seafood jangan masak terlalu lama ya.

siap!!!!!!


 pestttttt....sotong tu mamamai gunting macam ni kalau nak bentukkan jadi flower... ok bye!!!

TATA




Monday 12 January 2015

Selamat Hari Lahir!!!!

Salam

10/01/1979
9.45am
Cerita tentang hari lahir
Semoga saya lebih bersemangat pada tahun ini, semoga saya lebih gembira, lebih bahagia, lebih berjaya, lebih kaya raya dan lebih semuanya buat saya.


Kek yang saya ingin makan di hari lahir saya. Victoria Sandwich Cake. Alhamdulillah.
Tiada hadiah yang saya pinta. Cuma sedekahkan Al Fatiha kepada saya Maisarawani binti Spahat. Terima kasih.

TATA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...