Tuesday, 20 August 2019

Corndog



 Selamat pagi!
Anak bujang request corndog
jom kita buat





Bahan-bahan yang diperlukan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan susu segar yang sejuk
  • Keju
  • Cheddar/Mozarella
  • Sosej
  • Lidi sate
  • Serbuk roti


 Cucuk cheese & sosej seperti dalam gambar. kemudian celupkan ke dalam tepung.


Lepas celup pada tepung, salut pula dengan serbuk roti.



 goreng dannnnn


 siap!!!!

 


























 Jom mamam!!!
TATA


Aidiladha 2019

 Assalamualaikum
Apa khabar semua?
Alhamdulillah setelah 3 tahun tak update di blog akhirnya hari ini 20/8/2019 hati saya teah digerakkan untuk update blog ini.

Cerita kali ini berkisar cerita Hari Raya Aidiladha yang lepas. Mamamai telah membuat korban seekor kambing atas nama mamamai. Insyallah tahun depan letak nama papa amin. Tahun seterusnya abang haziq, kakak alia & adik nuha. Kita buat secara bergilir2. Semoga amalan kita diterima olehNya.

 Comelkan! hihi

 






Adik nuha bahagia dengan zaman kanak2nya. semoga adik membesar dengan sihat dan gembira.


 Adik nuha 5yo dan sepupunya kakak jiha 8yo.

Simpan kenangan ini untuk tatapan di masa hadapan. 
TATA.


Sunday, 17 April 2016

Puding roti (resepi step by step)

Bismillah
selamat tengahari semua!!!!


Hari ni saya nak kongsi menu mudah dan sedap. Puding roti. Manisan ni sesuai dimakan panas atau sejuk. resepi ni dari nigella lawson. jom kita tengok bahan2nya


Bahan2nya:
4 biji roissant
1 cawan susu*
1 cawan whipping cream*
setengah cawan gula*
3 biji telur*
sedikit asen vanilla*
serbuk kayu manis*
sedikit butter
prune


Kaedah:
masukkan semua bahan yang bertanda *


kacau sampai sebati


ambil sedikit butter


lumur butter pada keliling mangkuk


carik2kan croissant dan masukkan dalam mangkuk


buat sampai habis


tuang cecair tadi dan biarkan selama setengah jam supaya cecair tu meresap pada croissant


tabur prune & letak lagi sedikit serbuk kayu manis


letakkan lebihan butter tadi


bakar pada suhu 180C ( 30-40 minit) 
atau sehingga masak (bergantung dengan oven masing2)
siap!!!!


jom makan!!
yumeehhhh
ok bye!!!
TATA

Mee goreng mamaicun....ngeeeeee (resepi step by step)


 Bismillah
Salam semua



Mee goreng sempoi ni adalah juadah berbuka saya semalam. Ramai pulak minta resepi. Malu pulak rasanya nak bagi resepi sebab rasanya semua tau macamana nak buat mee goreng kan? tapi tak apa...saya kongsi cara saya buat mee goreng ya.
sebenarnya papa amin suka makan mee goreng..... tapi mamak style...dia suka makan mee goreng yang kering. so mamamai cuba buatkan yang kering... jom tengok bahan2nya :)


Bahan2nya:
mee kuning (lupa bubuh gambo la pulak....masa ni mee ada dalam sink...tengah basuh...hahaha)
ikan bilis*
bawang merah*
bawang putih*
cili kering (bergantung kepada kepedasan)*
kicap lemak
sos cili
sos tomato
sos tiram
telur
udang
sotong
sawi
tauge


Method:
Mula2 kisar semua bahan yang bertanda * (saya tak pernah sukat berapa biji bahan2 yang saya gunakan...ikut rasa hati masing2)
Kemudian panaskan minyak.


 Masukkan bahan yang telah dikisarkan tadi.



Selepas dah naik minyak bahan tumis tadi masukkan kicap lemak, sos cili, sos tomato, sos tiram. JANGAN bubuh garam tau....sebab sos tu semua dah menyumbang rasa masin...mee kuning tu juga dah rasa masin.


 Kacau lagi


Selepas tu masukkan udang, sotong, batang sawi & telur (untuk masak mee mamamai lebih suka masukkan udang & sotong berbanding ayam & daging).


Masukkan mee pula. 


Masukkan sawi.


masa ni boleh adjust sama ada nak mee tu basah atau kering...kalau nak mee tu kering boleh biar lama sikit.


Tutup api & barulah masukkan tauge.


tadaaaaaaaaaa....siap!!!!
senangkan!! 


mee goreng ni kalau ikut piawai papa amin memang agak basah...ngeee...


Inilah juadah berbuka saya semalam.....Cuba taw!!
ok bye!!
TATA

Tuesday, 16 February 2016

Fried Macaroni And Cheese Balls (resepi step by step)


Bismillah
Selamat pagi dunia!!!
Hari ini mamamai nak share sejenis makanan yang senang dan sesuai untuk dibuat. 

Inilah mac & cheese yang sudah siap tetapi belum digoreng.

Sebenarnya semalam mamamai buat mac & cheese baked. Banyak pulak mamamai buat.

Tak habis....tu yang mamamai buat mac&cheese ball pulak. nak buang tak sampai hati...modal beli cheese je untuk buat makanan ni dalam RM20...lahaiiii...kena la kreatif untuk hasilkan sesuatu yang menarik. jangan buang makanan yang lebih tu... tak baik...Allah tak suka.

mamamai masukkan dalam food prosessor...nak hancurkan sikit...senang nak kepal2 nanti
lahaiiii....food prosessor mamamai tu bukan kotor....sebelum tu mamamai hancurkan oreo...lepas tu mamamai tak basuh...just lap aje ...tu nampak macam kotor...huhuhuhu...maafkan mamamai yeeee....ngeeeee

tadaaaa!!!!! ni dia...

kepal2 jadi macam ni....sebenarnya boleh buat bentuk lain....ikut suka...tapi bentuk bulat ni paling senang

yey!!! satu siap!!

yey!!! semua siap!!

mula celup dengan tepung beras....pakai tepung gandum pun boleh....tapi kalau diberi pilihan mamamai lebih seka guna tepung beras atau tepung ubi berbanding tepung gandum...tapi ikut suka masing2 nak guna yang mana satu ya.


lepas tu bubuh dalam telur pula

 akhir sekali masukkan dalam serbuk roti

 yey!!! satu siap!!

 yey!!! semua siap!!!


 masukkan dalam bekas


simpan dalam peti sejuk beku. Kalau nak makan baru goreng 

hasil bedah siasat.... 
nampak macam nugget yang pernah mai buat dulu kan?
tapi....mac&cheese balls ni tak sesedap seperti nugget yang biasa tu....sebab mac&cheese balls ni adalah dari jenis carbo. Nugget tu dari jenis protein. Sebab tu nugget lebih sedap berbanding mac&cheese ni.

resepi nugget ayam cheese versi mamamai klik SINI 

 cadangan hidangan....ni bento untuk kakak alia pagi tadi..bawak banyak sebab makan dengan kawan2 kakak.....yang ringkas2 aje...janji seimbang...mac&cheese (carbo), tempura ayam ayamas (protin), coslow (fiber)...boleh juga disesuaikan makan dengan ayam panggang dan lain2...

Ok Bye!!
TATA!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...