Tuesday 7 July 2015

Paprik Seafood (resepi step by step)

Bismillah
 Hi!!
Hari ni mamamai nak kongsi satu resepi mudah. 
Lauk ni sesuai sangat untuk ibu2 yang bekerja, sibuk dan tak punya banyak masa di dapur. Ianyanya dah lengkap dah sebab sayur semua kita bubuh dalam tu. Kira all in one. 
mamamai dapat resepi ni dari tukang masak yang masak kat kedai. Dulu masa tak reti masak lagi mamamai suka order menu ni. mamamai akan duduk tepi dapo dia tengok cara dia masak....sampai kita boleh masak sendiri...kikikik...terima kasih eh encik tukang masak paprik...hahaha...kita tak tau nama dia...
okieeee....jom kita tengok bahan2nya ya.


bahan2:

sotong & udang ATAU ayam & daging
sayur
bawang holland
bawang putih
halia
cili padi
daun limau purut
serai
kicap lemak jalen
sos tiram
sos cili
sos tomato sos ikan

okie...semuanya dimayang
tak payah guna blander ya


panaskan minyak

masukkan serai, bawang putih & halia

masukkan bawang holland

bila dah layu sikit masukkan 
sos cili
sos tomato
sos tiram
kicap
sos ikan

*sebenarnya mamamai memasak tidak pernah ada anggaran. ikut citarasa kita sendiri. cuma sos ikan jangan terlalu banyak ya sebab takut termasin sebab sos tiram dan kicap juga telah menyumbang rasa masin tu.

masa ni boleh sebatikan rasa

masukkan cili padi dan daun limau purut. bagi yang tak tahan pedas macam mamamai cili tu jangan dipecahkan.

masukkan sotong dan udang

masukkan sayur

kacau lagi!!!!

* ok kalau anda masak seafood sayur tu boleh dimasukkan bersama...tapi kalau masak daging & ayam better sayur masukkan kemudian. takut sayur terlebih masak.

kalau masak seafood jangan masak terlalu lama ya.

siap!!!!!!


 pestttttt....sotong tu mamamai gunting macam ni kalau nak bentukkan jadi flower... ok bye!!!

TATA




Monday 12 January 2015

Selamat Hari Lahir!!!!

Salam

10/01/1979
9.45am
Cerita tentang hari lahir
Semoga saya lebih bersemangat pada tahun ini, semoga saya lebih gembira, lebih bahagia, lebih berjaya, lebih kaya raya dan lebih semuanya buat saya.


Kek yang saya ingin makan di hari lahir saya. Victoria Sandwich Cake. Alhamdulillah.
Tiada hadiah yang saya pinta. Cuma sedekahkan Al Fatiha kepada saya Maisarawani binti Spahat. Terima kasih.

TATA

Monday 27 October 2014

Pizza mudah & ringkas (resepi step by step)

Bismillah
Salam
Hi!
Menu tadi pagi. Pizza yang simple dan yummy!

Tergoda? Jom follow resepinya

 Bahan2 yang ringkas dan mudak didapati kan?

Bahan2:
wraps
sos cili life
sosej
cheese mozarella

 Keluarkan wrap. Sebelum itu panaskan oven 200C

Bubuh sos di atas wrap

ratakan sos di atas wrap

taburkan sosej

taburkan cheese

taburkan sedikit lagi sosej

bakar pada suhu 200 selama 7 minit atau sehingga toppig keperangan

 siap!!!!

TATA

Sunday 26 October 2014

Jeruk Epal Asam Boi (resepi step by step)

Bismillah
Salam
Hi!!
Kalau bukak FB tentu tengah hangat mengenai jeruk mangga asam boi kan? Atas sebeb itu juga saya teringin buat. Memang mengejutkan kerana mangga dan asam boi habis di pasaran. hahahaha....nasib saya agak baik kerana dapat juga beli asam boi. Itu pun tinggal 2 peket kecil dan itulah yang terakhir. Mangga pula puas saya cari...memang tiada...maka saya gantikan dengan epal hijau. Jom tengok resepi!

Bahan2:
epal
gula
asam boi
cili padi

saya tidak ikut sukatan....saya hanya buat mengikut anggaran sahaja

Cuci epal dan hiriskan. Hiris juga cili padi. Kemudian gaulkan semuanya.

Masukkan ke dalam bekas yang sesuai

 Masukkan di dalam esbox

 Ini hasilnya. Sudah boleh dimakan. Masa ni saya hanya peram selama 2 jam sahaja

TATA


Vadai @ Wadeh (resepi step by step)

Bismillah
Salam
Hi!
entry yang dah terperam lama
vadai n saya buat masa cuti deepavali hari tu. Tapi malas betul nak upload gambar dalam blog. Resepi yang saya ambil dari Dapur Madihaa. Mohon C&P ya. TQ!


Bahan-bahan :

300 g kacang dhal
1 biji bawang besar ~ didadu
1 cili merah ~ didadu
1/2 sudu kecil jintan manis
1 tangkai daun kari ~ dihiris nipis
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Kaedah penyediaan :
1. Rendam kacang dhal sekurang-kurangnya 4 jam. 
2. Tapis dan kisar halus 3/4 kacang dhal di dalam blender kering.
3. Campurkan kacang dhal yang telah dikisar dan tidak dikisar di dalam mangkuk.
4. Masukkan bawang, cili merah, jintan manis, daun kari dan garam secukup rata. Gaul biar sebati.
5. Basahkan telapak tangan. Letakkan sesudu penuh bancuhan di telapak tangan, leperkan sedikit dan goreng di dalam minyak hingga kuning keemasan.
6. Hidangkan dengan cili hijau.










yummy!!!

TATA

Sunday 19 October 2014

Pavlova

Bismillah
Salam
Hi!!
Alhamdulillah kini saya kembali baking. 
Alhamdulillah rupa2nya saya mempunyai pelanggan yang setia.
Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya
terima kasih!!

Pavlova 

untuk tempahan:
call/msg/whatapps
012-7629565

Lokasi:
 Pasir Gudang

Sardin Puff (resepi step by step)

 Bismillah
Salam 
Hi!!!
breakfast semalam ni. saya buat sardin puff. malam semalam saya masak sardin 2 tin untuk dinner. Terkejut papa amin sebab biasanya saya masak sardin hanya 1 tin. Dia tak tau yang baki sardin tu saya nak buat breakfast..hihihi

 hurmmmmmmmmm...jom tengok bahan2 yang simple kat bawah ni

bahan2:
pastry (beli ready made kat kedai kek)
1  biji telur
sardin (baki lauk malam tadi saya hancurkan dengan garfu)

potong pastry 


 isikan sardin

 lipat dua...ikut suka nak bentuk macamanapun

 tekan tepi pastry menggunakan garfu

bubuh telur atas pastry
bakar dannnn...

siap!!!
TATA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...